Skip to content
Kembali ke Blog
· Administrator

Sistem Autodownline v5.1.0

Update besar dengan statistik top sponsor, drip content, tracking campaign, integrasi Wabot dan banyak lagi.

Apa yang baru dalam v5.1.0

Kami gembira mengumumkan keluaran Sistem Autodownline v5.1.0. Versi kali ini membawa beberapa penambahbaikan besar yang diminta oleh komuniti pengguna.

Statistik Top Sponsor

Owner kini boleh melihat statistik sponsor teratas dalam admin panel. Sangat berguna untuk identify leader yang aktif dan bagi reward kepada mereka.

Password Visibility Toggle

Borang login dan pendaftaran kini ada butang “show password” — masalah typo pada katalaluan dah lama aduan ramai pengguna, kini dah boleh tengok apa yang ditaip.

Incoming Click Traffic & Campaign Tracking

Setiap link web replika boleh di-track:

  • Sumber trafik (Facebook, WhatsApp, direct, dll.)
  • Campaign tag khusus
  • Bilangan klik vs pendaftaran

Sangat berguna untuk optimize ROI marketing anda.

Drip Content untuk Membership

Ciri baru ini membolehkan anda “drip” (lepaskan secara berperingkat) kandungan kepada ahli. Contoh: modul 1 hari ke-1, modul 2 hari ke-3, dan seterusnya. Automatik.

Manual Cron Job Execution

Untuk yang hosting environment ada limitation dengan cron — anda kini boleh jalankan cron manual dari admin panel.

Semakan Subscription Validity

Sistem akan semak validity subscription secara automatik dan trigger action tertentu bila tamat tempoh.

Integrasi Wabot

Baru! Integrasi dengan Wabot untuk hantar notifikasi WhatsApp automatik kepada ahli — welcome message, bonus alert, renewal reminder, dll.

Bug Fixes

Pelbagai bug fixes dan optimization prestasi berdasarkan laporan pengguna.


Cara update: Pelanggan Basic / Pro akan di-update secara automatik. Pelanggan DIY sila download versi terbaru dari members area.